PROGRAM DANA UMMAH UPGRADED!

PENGUMUMAN

Bermula 1 Oktober syarikat mengeluarkan PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH program bernilai RM25.00. Semua peserta baru program akan terus dimasukkan ke program terkini yang membayar sumbangan kepada ahli-ahli lebih tinggi sehingga RM5.00 per level berbanding RM1.00 per level sekarang, dan cuma 6 level tidak lagi sehingga 10 level yang mengambil masa agak lama. Ini adalah berdasarkan feedback daripada ahli-ahli yang inginkan sesuatu yang lebih tinggi pulangan dan berbaloi untuk dijalankan (dengan kos pengiklanan, promosi dan sebagainya yang meningkat) setanding dengan program-program lain di luar sana tapi masih dalam lingkungan kemampuan semua pihak namun masih memberi pulangan setimpal dengan usaha sambil menderma dan berbuat sedikit kebajikan. Jadi masalah kewangan lebih cepat diselesaikan, kebebasan kewangan akan lebih cepat tercapai. InsyaAllah. Lebih banyak madrasah2, pusat2 tahfiz, persatuan2, rumah anak2 yatim untuk dibantu. InsyaAllah syarikat akan lebih giat mempromosi. Ahli-ahli lama akan diupgrade secara PERCUMA secara berperingkat, tidak perlu lagi membayar kos pengurusan & pengeposan.

Apa yang boleh kami jaminkan, BUAT PASTI JADI! Dengan usaha yang istiqamah, RM1.00 boleh jadi Rm1,ooo,ooo! Tiada yang mustahil. Gunakan kuasa leverage dalam berusaha, dan kebebasan kewangan ummah boleh tercapai.

Penerangan program dan bayaran per level akan diumumkan sedikit masa nanti. Sekian terima kasih.

HIKMAH SEBENTUK PEMBERIAN


Apa yang kita harapkan dari satu pemberian?

Meningkatkan keyakinan diri? Meningkatkan sistem imuniti badan? Menyembuhkan penyakit? Membersihkan harta? Memakmurkan dunia?

Soalan-soalan di atas agak ganjil bunyinya. Tapi percayalah dengan kuasa memberi, banyak hikmah di sebaliknya. Bahkan 1001 hikmah lebih daripada jawapan kepada soalan di atas.

Secara saintifik, Berbuat baik seperti bersedekah menghantar isyarat positif ke seluruh kawasan otak. Kajian Dr. Donald W. Pfaff PhD, seorang pakar otak (neuroscientist) dari Universiti Rockefeller, sebahagian isyarat spesifik otak menafsirkan untuk menimbangkan tindakan kita sepertimana ditujukan untuk diri kita sendiri. Dalam bukunya dinyatakan. "Do unto others as you would have them to do unto you"(Lakukan kepada orang lain sebagaimana ingin orang lakukan kepada kamu). Benarlah sebagaimana dinyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini, jika kita berbuat baik dengan memberi sesuatu kepada orang, suatu hari ia akan dipulangkan kembali kepada kita.

Kajian beliau lagi, perbuatan baik menghasilkan lebih banyak bahan kimia gembira iaitu dopamine, serotonin dan oxytocin, ia menghasilkan kegembiraan dan mempertingkatkan sistem ketahanan badan secara semulajadi melalui perbuatan baik kepada orang lain.

Memberi menjadikan diri anda lebih sihat dan kuat, jadi melabur untuk diri anda sendiri. Yang baiknya ia dapat meringankan beban lebih ramai orang sambil ada kebaikan dalaman untuk kita sendiri, berbanding jika kita pentingkan diri sendiri sahaja.

Perbuatan memberi secara sukarela, sebagai contoh untuk mengindahkan sekolah atau madrasah pun, menjadikan kita gembira. Dengan sukarela kita mengecat sekolah, bayangkan betapa gembiranya murid-murid bila melihat sekolah yang lebih cantik, secara automatik mengukirkan senyuman di wajah.

Kenapa dianjurkan memberi berbanding menerima?

Kajian pakar otak Dr Jordan Grafman PhD, kawasan otak yang sama menjadi aktif ketika kita menerima wang pemberian orang, menjadi lebih aktif dan terang apabila kita membantu atau melakukan perbuatan baik tersebut. Betullah sebagaimana ungkapan hadis, "Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima". Definisi ini rupanya ada pertalian erat dengan otak menurut kajian saintifik.

Tindakan kimia otak ini membantu kita merancang masa depan, menjadikan kita lebih rapat dengan seseorang, menjadikan kita menghargai setiap pemberian itu, dan seterusnya ingin lebih banyak membantu, membantu dan terus membantu, melakukannya berulang kali.

Apabila kita melakukan sesuatu yang baik seperti bersedekah, kesan kebaikannya menenangkan fikiran sepanjang hari. Menjadi seorang yang suka membantu, menzahirkan perspektif yang sentiasa positif kepada orang lain. Sebagai contoh, melihat orang yang tidak berumah atau peminta sedekah, menjadikan kita lebih memikirkan kesusahan hidupnya menyara anak-anaknya daripada berpandangan negatif bahawa dia seorang penipu atau seorang pemabuk.

Sekecil-kecil bantuan dapat meringankan walau sekecil-kecil bebanan seseorang, itu adalah sifat altruism yang tulen. Sifat yang tidak mementingkan diri, memikirkan kebajikan saudaranya. Kajian Dr Amy Rubenstein PhD seorang pakar psikologi dari Kolej Perubatan Weill Cornell, mendapati membantu insan lain dan menunjukkan sifat akrab kepada orang lain meringankan bebanan sendiri. Kerja sukarela contohnya menjadikan pesakit kajian lupakan kesengsaraan sendiri dan meluaskan perspektif (satu fenomena yang disebut helper's high), di mana mereka berasa lebih bertenaga, lebih kuat, yakin diri, hilang tekanan dan lebih bermotivasi walaupun dengan sekecil-kecil bantuan kepada insan lain.

Kaedah terbaik menghilangkan tekanan

Syarikat-syarikat farmaseutikal dan pusat-pusat spa seluruh negara boleh gulung tikar jika rahsia yang satu ini dipraktikkan oleh semua insan di muka bumi ini. Kesan positif dengan memberi meningkatkan imunisasi badan, meningkatkan keyakinan seseorang mendepani keadaan penuh tekanan, jadikan kita lebih kompeten dan efektif, merapatkan hubungan silaturahim dan menimbulkan keadaan anti-ketegangan. Ia menjadikan hidup ini lebih bermakna, tidak begitu?

Apa mampu kita beri?

Berilah apa sahaja. Mengindahkan sekolah dengan mengecat mural, bantuan kewangan membangun bangunan baru madrasah (Sekolah Integrasi Faizin contohnya), memberi makan kepada pengemis atau yang tidak berumah (homeless), mengajar ilmu kepada anak-anak jiran, memberi tuisyen percuma kepada anak-anak orang miskin, mengajar kewarganegaraan kepada PADI (bukan yang jadi beras tu, tapi Pendatang Asing Dengan Izin), membantu rakan menyediakan resume mintak kerja, bahkan memberi makan kepada kucing liar tidak bertuan.

Kita patut mempunyai niat untuk menjadi sekaya mungkin, supaya lebih banyak dapat kita bantu, lebih banyak zakat dapat kita keluarkan, lebih banyak sedekah dapat kita sumbang, lebih banyak madrasah dan masjid dapat kita bina, lebih baik pendidikan dapat kita beri kepada anak-anak kita, lebih banyak perkara dapat kita lakukan untuk diri, keluarga, agama dan negara kita. Begitulah ajaran yang saya ambil dari Pengasas DCL iaitu Dato Stapa Omar. Wah dah keluar majalah JUTAWAN pula kini, moga Dato dan isteri bertambah sukses, dan melimpah kepada kami pula.

Profesor psikologi dari Universiti Florida iaitu Gregory Webster berkata sementara tindakan baik menarik perhatian media, perbuatan amal yang rutin kebanyakannya tidak diambil kisah. Ia menyulam menjadi budaya masyarakat, tindakan kecil yang berterusan ini adalah kelakuan interpersonal iaitu hubungan manusia-manusia yang positif, menjadikan manusia menjadi spesis yang dominan di muka bumi.

Sumbanglah, walau sekecil-kecil sumbangan, kerana sumbangan walaupun kecil tapi impaknya besar. Lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi hari ini, tentu ramai kawan-kawan kita dalam kesusahan yang memerlukan satu tindakan altruistik. Sokonglah sukarelawan-sukarelawan kita di luar sana, kerana sangat besar jasa pengorbanan mereka membantu insan lain yang lebih memerlukan, untuk menjadikan dunia lebih baik.

(Ruj. "Men's Health"(Malaysia Edition), an article by Grant Stoddard)

ADVERTORIAL KESELAMATAN

>

Memperkenalkan EZGuard Sistem yang menjadikan tugas pemantauan keselamatan kini lebih terjamin, boleh dipercayai dan mudah!

EZGuard dengan rasminya telah dilancarkan pada 10hb. Ogos 2009.

Sesuai digunakan untuk pemantauan di:

* kilang-kilang/ kawasan perindustrian ringan/ berat

* kawasan pelabuhan

* gudang-gudang simpanan/ stor/ warehouse

* kem-kem pangkalan tentera/ gudang senjata dsb (cth Pangkalan TLDM Lumut menggunapakainya)

* lapangan terbang

* hospital-hospital kerajaan /swasta

* hotel-hotel /resort penginapan

* kompleks membeli belah

* institusi-institusi pengajian tinggi /politeknik-politeknik /institusi kemahiran dsb

* penginapan apartmen /kondominium /serviced apartment dsb

* kawasan pelantar minyak

Kelebihan EZGuard

>>> Memudahkan pemantauan perondaan (terbaik setakat ini, FIRST in Malaysia!)

>>> Kawalan keselamatan lebih menyeluruh.

>>> Tercanggih kerana menggunakan sistem digital dan Radio Frequency ID (RFID). Tiada lagi sistem analog yang tidak boleh dipercayai atau digodam.

>>> Mempunyai fungsi timely reminder supaya peronda tidak terlupa membuat rondaan.

>>> Data rondaan mampu dicetak dalam sesaat.

>>> Jimat tenaga, hanya menggunakan bateri Lithium Ion yang tidak menggunakan banyak tenaga elektrik dan cepat di cas semula (seperti telefon bimbit)

>>> Fungsi seperti kotak hitam pesawat di kala berlaku insiden. Direkodkan secara automatik dengan butang OneTouch.

>>> Check point sistem yang tahan lasak, tahan cuaca, anti-vandalisme. Tahan seumur hidup. Boleh disembunyikan bagi mengelakkan dikenalpasti (Fungsi camouflage, boleh dicat warna serupa dinding)

>>> Jaminan ganti baru produk waranti 1 tahun. Dijamin berpuas hati.

DEMO percuma boleh dilakukan atas permintaan. Preview percuma bertempat di sini.

RAHSIA SEDEKAH

Banyak rahsia-rahsia sedekah yang diperjelaskan dalam Al-Quran untuk manusia mengambil pengajaran dan beramal sedekah. Begitu juga dengan hadis-hadis nabi dan kata-kata para sahabat junjungan nabi SAW.

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda, "Hendaklah kamu semua mencari rezeki dengan bersedekah".

Pesanan sahabat Rasulullah SAW Saidina Ali Bin Abi Talib Karamullahu Wajhah berkaitan sedekah:

1. "Peliharalah iman kalian dengan bersedekah".

2. "Mohonlah kepada Allah diturunkanNya rezeki dengan banyak bersedekah".

3. "Jika kamu miskin, berdaganglah dengan Allah Taala dengan bersedekah".

Daripada pesanan di atas, kita dapat merumuskan bahawa sedekah juga merupakan satu ibadah bukan wajib tetapi amat digalakkan di dalam Islam. Dengan bersedekah, manusia terputus daripada sifat-sifat kikir, bakhil dan kedekut dan menimbulkan sifat prihatin kepada saudara seagamanya, membantu ekonomi ummah yakni yang kaya dapat membantu yang miskin, memantapkan hubungan silaturahim dan mendapat perlindungan dari Allah.

Sedekah tidak tertakluk pada harta dan kewangan semata-mata. Antara sebahagian amalan-amalan sedekah yang mudah dan mampu dilakukan sesiapa sahaja tidak mengira kaya ataupun miskin ialah :

  • Memberi nafkah kepada keluarga, menyediakan makan minum, tempat tinggal, kemudahan dan seumpamanya.
  • Menolong saudara dalam kesusahan, samaada dengan harta, nasihat, bantuan kudrat dan seumpamanya.
  • Ucapan tutur kata yang baik kepada orang lain.
  • Membuat amalan yang biasa dipandang remeh seperti membuang duri, paku, kayu atau halangan dari jalan raya atau laluan kenderaan.
  • Murah senyuman, mudah tersenyum dengan wajah yang berseri.
  • Amar makruf nahi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Menahan diri dari melakukan kejahatan.
  • Mengucapkan salam kepada saudara.
  • Mengajarkan ilmu kepada orang lain.
  • Tanaman dimakan binatang.
  • Solat secara berjemaah.
  • Membantu orang yang pekak tuli supaya dapat mendengar.
  • Bertasbih, bertahmid dan bertahlil.
Justeru, jika selama ini kita hanya memandang sedekah dari sudut kewangan sahaja, merasakan kita tidak mampu untuk bersedekah atau sedekah hanya hak milik orang kaya sahaja, sekarang sesiapa sahaja mampu bersedekah walaupun hanya dengan SEKUNTUM SENYUMAN IKHLAS YANG MENAWAN! Jangan bertangguh lagi melakukan amalan soleh ini kerana sedekah-sedekah kita jika ke jalan yang baik bakal menjadi ROYALTI kepada kita di akhirat kelak. InsyaALLAH.


(Ruj. : "Al-Quran : Rahsia Terunggul", Ali Ahmad Maleya)

KISAH SEDEKAH TELADAN TOKOH IDOLA ISLAM

Banyak kisah-kisah teladan mengenai hikmah dan fadhilah sedekah sedari zaman Rasulullah SAW dahulu lagi. Pernah satu ketika Rasulullah SAW menyuruh para sahabatnya mengeluarkan sedikit infak (sedekah) untuk perjuangan ummah Islam. Lalu sahabatnya Saidina Umar RA cuba menyaingi Saidina Abu Bakar dalam soal sedekah ini. Separuh hartanya dibawa bersama berjumpa Rasulullah SAW, Justeru Al-Amin bertanya,

"Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu Ya Umar?". Lalu Saidina Umar RA menjawab,

"Aku tinggalkan separuh dari hartaku untuk mereka Ya Rasulullah."

Datang pula Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seluruh hartanya untuk didermakan ke Jalan Allah. Rasulullah SAW pun bertanya,

"Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?". Lalu Saidina Abu Bakar As-Siddiq pun menjawab,

"Aku tinggalkan kepada keluargaku Allah dan Rasul-Nya SAW". Ringkas sahaja jawapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq tapi cukup menggambarkan betapa besarnya nilai sedekah dalam menyebarkan syiar Islam pada masa dahulu.

Dalam riwayat lain, teladan Saidina Uthman bin Affan RA wajar dicontohi ummah Islam pada zaman ini. Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa yang mahu membelikan untuk kita perigi ar-Rumah lalu menyedekahkannya kepada kaum Muslimin? Semoga Allah memberinya minum dari kehausan pada hari kiamat. Akhirnya Uthman membeli perigi itu dan menyedekahkannya untuk umat Islam." (Hadis Riwayat Ibn Adi-Ibn Asakir)

Bayangkan dengan menyediakan tempat minuman di masjid atau surau di kawasan kita sahaja, untuk menghilangkan kehausan orang yang datang beribadah di rumah Allah bakal memberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda semuanya dengan izin Allah.

Begitulah hebatnya sedekah yang ditunjukkan golongan sahabat-sahabat Rasulullah SAW ke jalan Allah. Sepotong ayat Al-Quran berbunyi,

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai, dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya."
(Ali-Imran : 92)

Justeru, apa yang kamu cintai? Harta? Maka sedekahkanlah ia. Nyawa? Maka berjihadlah membantu menentang musuh-musuh Islam, sama ada di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Pattani, fi kuli makaan.

Teladan sedekah tokoh muslimah ditunjukkan Ummul Mukminin Zainab Binti Jahsy. Zainal adalah seorang wanita yang sangat mahir membuat pertukangan tangan, menenun dan menyamak kulit untuk menghasilkan manik. Hasil kerja tangan Zainab dipakai oleh tentera-tentera Islam di medan perang. Pendapatan Zainab disedekahkan kembali fi sabilillah.

Jadi bisneswoman-bisneswoman hebat di luar sana, marilah kita mencontohi teladan Ummul Mukminin ini. Selain zakat yang wajib, keluarkan sedekah ke jalan Allah, untuk perjuangan Islam dan untuk pendidikan anak-anak Islam. Yang penting niat itu ikhlas, bukan mengejar gelaran Dato', Tan Sri, CEO Terbaik Tahunan, Penderma Amal Terbanyak dan segala unsur-unsur yang menjurus kepada riak. Sesungguhnya riak itu membatalkan pahala amalan kebajikan dan melunturkan kemurniaan akhlak, juga tergolong syirik kecil.

Beristighfarlah bila dipuji, sabar dan redha bila dikeji. Buat amal kebajikan untuk mendapat keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Namun dibolehkan jika sedekah itu diperlihatkan dengan niat yang betul dan ikhlas untuk menyeru orang ramai supaya mencontohi atau gemar melakukan amal kebajikan yang sama seperti bersedekah secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai supaya yang lain turut mengikutinya dengan penuh ihsan dan ikhlas, memperlihatkan sedekah agar dicontohi semata-mata tidak dilarang dalam Islam. Apapun segala-galanya bergantung pada niat.

"Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya (amal perbuatan) bagi setiap orang itu sesuai dengan apa yang ia niat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kita mula bersedekah dan menunjuk jalan bersedekah untuk dicontohi orang lain, InsyaALLAH kita turut mendapat pahala sebesar pahala orang yang mengeluarkan sedekah tersebut, selari dengan hadis,

"Barangsiapa yang menunjukkan atas kebaikan, maka baginya pahala sebesar pahala orang yang mengerjakannya." (Hadis Riwayat Abu Mas'ud Al-Bari)

Apa yang baik datangnya dari Allah SWT, apa yang buruk datangnya dari kekurangan dan kelemahan penulis sendiri. Wallahu 'alam.

(Rujukan : 1. "Hikmah Terapi Sedekah", Hasan bin Ahmad bin Hassan Hammmam.,
2. "Bahaya Riak Dalam Kehidupan Muslim", Drs. Hanafi Mohamed.)

SEDEKAH RM1.00 ANDA BAKAL MELAHIRKAN LEBIH RAMAI INTELEK ISLAM

Apa perasaan saudara jika dengan sedekah cuma RM1.00 dari saudara untuk menyertai program insan bantu insan seperti ini dapat memanjangkan tradisi keintelektualan Islam sehingga generasi-generasi berikutnya?

Apa perasaan saudara jika dengan cuma dengan bersedekah RM1.00 saudara sebenarnya menyediakan tempat belajar yang selesa bagi anak-anak muda Islam menghafal Al-Quran dengan tenang dan selesa?

Apa perasaan saudara jika sedekah RM1.00 saudara dapat menyekolahkan anak-anak orang susah yang selama ini hendak dapat sesuap nasi pun susah inikan pula dapat belajar dan menjadi orang yang berguna?

Apa perasaan saudara jika sedekah RM1.00 saudara dapat menyediakan tanah wakaf kubur yang mencukupi untuk orang Islam meninggal dunia dapat bersemadi dengan aman?


Ini adalah antara matlamat sosial PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH supaya sedekah-sedekah saudara dapat diperpanjangkan untuk kebaikan ummah Islam selain menjana pendapatan untuk kita. Sedekah akan digunakan untuk pembinaan / penambahbaikan madrasah, pusat-pusat tahfiz untuk anak-anak Islam belajar, pembelian tanah wakaf, bantuan kemanusiaan, membantu orang-orang dalam kesusahan seperti belanja pembedahan, rawatan, bencana alam dan seumpamanya. Syarikat turut menderma bagi setiap penyertaan yang diterima dari saudara untuk sama-sama mendokong usaha murni bantu-membantu sesama ummah Islam selari dengan objektif utama program.


SEKOLAH INTEGRASI AL-FAIZIN (SAIF)سكوله إينتكراسي فائزي


Sekolah yang diberi nama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) ini dilahirkan tanggal 4 Ogos 2005 di bawah naungan Muassasah Darul Ulum, diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

SAIF ditubuhkan hasil daripada pengemblengan tenaga pemuda, masyarakat setempat, para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pedidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.

Lokasinya yang strategik di pekan Guar Chempedak (sila rujuk peta carian) dan mempunyai prasarana dan kemudahan yang lengkap di mana ianya adalah bekas tapak Cawangan Madrasah Taufikiah Al-Khairiah Al-Halimiah. Sesi persekolahan pertama SAIF bermula pada 1 Januari 2006.

Antara sasaran utama SAIF ditubuhkan ialah :

  1. Memartabatkan budaya Bahasa Al-Quran (Lughatul 'Arabiyah) sebagai bahasa pengantarnya.Semua warga SAIF berusaha untuk menguasai pertuturan Bahasa Al-Quran dalam semua masa dan ketika berada di SAIF.


  2. Mempelbagaikan bahasa penggunaan termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin yang amat penting dalam dunia hari ini.


  3. Mengukuhkan kefahaman Islam dan semangat ukhuwwah melalui usrah yang dilaksanakan dengan lebih bersistematik dan berkesan.


  4. Mengemaskini kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran secara islamik. Para pendidik mengembleng tenaga bagi membina modul pembelajaran yang menepati falsafah SAIF, bermatlamat penerusan warisan ulama’ yang terdidik dan terarah hasil dari proses pengajaran, pembelajaran berteraskan prinsip dakwah serta tarbiyyah dari bimbingan guru-guru, pentadbir yang komited dengan ajaran Islam.
Sistem pengajian yang digunapakai SAIF hampir sama dengan persekolahan sekolah rendah kebangsaan, iaitu bermula daripada tahun satu hingga tahun enam. Sistem pengajiannya menggabungkan tiga sukatan pelajaran teras iaitu ad-din, akademik dan juga tahfiz.

  • Agama dan Bahasa Arab - Sukatan pelajaran bagi kedua-dua kurikulum ini merujuk kepada sukatan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Yayasan Islam Kedah (YIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan silibus sekolah Bestari.


  • Akademik - Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran akademik berdasarkan sukatan Pelajaran Malaysia .


  • Tahfiz Al- Qur’an - Sukatan pelajaran tahfiz ditentukan oleh pihak Lembaga Tadbir SAIF .


  • Sukatan Tambahan - SAIF turut menyediakan pakej tambahan kepada para pelajar untuk mengikuti pengajian Qiraati dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Inggeris serta Bahasa Mandarin yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar .
Sekarang Sekolah Integrasi Al-Faizin memerlukan sedikit derma ikhlas untuk pembinaan Bangunan baru 3 Tingkatnya yang dianggarkan bernilai RM 600,000 yang boleh saudara keluarkan sama ada dalam bentuk zakat, wakaf atau pun infak. PROGRAM DANA UMMAH juga dengan ini ingin sama-sama membantu bagi merealisasikan impian murni ini. Wangpos dibayar atas nama 'TABUNG PEMBANGUNAN SAIF' dan melalui penyertaan saudara ke program ini, secara otomatik saudara telah menderma untuk sama-sama memanjangkan sinar pendidikan Islam. InsyaALLAH. Sumbangan anda juga boleh dimasukkan terus ke Bank Islam No. Akaun 02084010028830




TAHFIZ MUTMAINNAH


Tahfiz Mutmainnah (TM) adalah sebuah institusi pendidikan bersepadu yang menggabungkan sistem pengajian profesional Hafazan Al-Quran dan sistem pengajian akademik yang terdiri daripada berbagai modul pengajian Islam dan pendidikan sokongan Teknolgi Maklumat (IT) dan Bahasa Inggeris.TM lahir daripada idealisme untuk membangunkan suatu generasi celik Al-Quran yang akan menjadi model ikutan komuniti ummah Islam. InsyaALLAH. Lokasi TM adalah di Permatang Berangan Sungai Petani Kedah, dan pengerusinya ialah Ustaz Sharir Long, yang juga merupakan pengasas bagi tahfiz ini.

TM percaya bahawa idealisme itu hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan yang sistematik dan berasaskan fungsi institusi pendidikan. Lantaran itu, di peringkat awalnya, kumpulan pemikir think-tank dibentuk bagi merancang, mengatur dan melaksanakan jadual pembinaan sebuah institusi pendidikan, yang kini dikenali sebagai Tahfiz Mutmainnah (TM).

Idealisme dan percambahan fikiran tidak akan membuahkan hasil yang diimpikan tanpa prasarana fizikal dalam bentuk bangunan dan kemudahan pendidikan. Menyedari hakikat itu, suatu Jawatan Kuasa Pentadbir TM telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan pada pertengahan tahun 2007. Setahun kemudian bangunan berkenaan dapat disiapkan awal daripada jangkaan. Segala perancangan mengikut jadual yang ditetapkan dan susulannya Jawatan Kuasa Pentadbir TM telah membuat keputusan untuk mengambil pelajar sulungnya pada sesi 2009.

Kini TM muncul sebagai sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang berdiri sama tinggi dengan institusi-institusi pendidikan Islam yang lain di seluruh Malaysia.

Sistem Pengajian TM terbahagi kepada tiga komponen iaitu:

  • Profesional Hafazan Al-Quran
  • Akademik Islam - Bahasa Arab, Nahu, Sorof, Sirah, Aqidah, Akhlak, Tafsir.
  • Komunikasi Maklumat - Teknologi Maklumat (IT) dan Bahasa Inggeris.

Tahfiz Mutmainnah adalah institusi pendidikan Islam berasrama penuh. Semua pelajar yang mengikuti program akademik dan profesional di TM diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan. TM mempunyai asrama yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh pelajar. Asrama TM berada di bawah satu bumbung dengan kelas pengajian. TM menyediakan kemudahan asrama yang memuaskan dengan kelengkapan yang moden, suasana tempat tinggal yang selesa, dan persekitaran yang kondusif untuk menghafaz Al-Quran dan juga pelbagai aktiviti luar pengajian yang bermanfaat untuk pelajar-pelajarnya.

Tahfiz Mutmainnah (TM) memerlukan sumbangan dana dari semasa ke semasa untuk kelangsungannya dan memastikan kejayaan melahirkan para hufaz yang berpekerti Islam yang terpuji. Jika anda prihatin terhadap pembangunan generasi Al-Quran melalui pendidikan Tahfiz Al-Quran hulurkan sumbangan anda kepada Tahfiz Mutmainnah melalui:
Bank: Maybank Berhad, Sungai Petani, Kedah, Malaysia. No. Akaun: 552059703378

PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH juga menyokong usaha melahirkan lebih ramai pelapis hafiz dan hafizah Al-Quran ini. Penyertaan saudara ke program ini InsyaALLAH dapat merealisasikan dan mempercepatkan sasaran tersebut justeru melahirkan lebih ramai intelek berpengetahuan dan berjiwa Al-Quran. Wangpos penyertaan adalah atas nama 'TAHFIZ MUTMAINNAH'. Dapatkan borang penyertaan dari Azam Inspire Ent sekarang untuk mula menderma sambil menjana sedikit pendapatan. InsyaALLAH.



ADVERTORIAL KEWANGAN

Ingin berkahwin duit tak ada?

Memperkenalkan sebuah E-Book kisah pengurusan kewangan bagi penyelesaian masalah kewangan bagi meniti hari bahagia anda.




Seorang pelajar bertanya gurunya : APA ITU PERKAHWINAN?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan setengah perjalanan daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak ingin kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu pun menjawab: ITULAH PERKAHWINAN.......

DAPATKANNYA SEKARANG HANYA RM 20.00 SEBELUM HARGANYA DINAIKKAN!

WAKIL PROGRAM DANA BERDEKATAN ANDA

Bagi mendapatkan borang penyertaan (Dapatkan yang original) PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH yuran RM 15.00 sekali seumur hidup, berikut adalah sebahagian wakil-wakil program berhampiran anda.


ZON UTARA

Kedah / Perlis / P.Pinang

Cikgu Ariff (IMP Halal Mart) Tel : 019-475 8370

En. Abd Mutalib Tel : 019-425 7578

En. Abd Rahman Tel : 013-413 9841

En. Azudin Tel : 019-566 5776

Pn. Wardatul Tel : 04-422 7775

En. Azmi Tel : 019-598 3080

En. Farul Anuar Tel : 012-575 8985

En. Fafli Tel : 04-447 0441

En. Hisham Tel : 019-225 9565

Perak

En. Rashidi Tel : 013-5020 254

En. Faiz Tel : 017-521 5664

En. Fakhrurazi Tel : 013-597 5885

En. Kamal Tel : 016-506 9355

En. Nazri Tel : 013-407 4230

En. Norman Tel : 013-449 3501

En. Sharbi Tel : 013-593 7527

En. Zaki Tel : 017-570 5943

(Ramai lagi diperlukan)

ZON TIMUR

Kelantan / Terengganu

En. Hamdani / Pn. Wan Harmuni Tel : 013-932 5732

En. Ropi Tel : 013-963 2851













Pahang

En. Fazuri Tel : 016-712 3011

(Ramai lagi diperlukan)

ZON TENGAH

Lembah Klang / Putrajaya

Fatimatun Zawiyah Tel : 013-324 3329 (produk Erotica, Pati Mengkudu, Syampu Mengkudu, One Drop Perfume, Macam-macam ada.....)

En. Ismail Ahmed Tel : 013-374 3244

Pn. Roszalina Tel : 017-209 0890

Pn. Mastura Tel : 012-396 7035

Pn. Ismiyaton Tel : 017-237 3556

Pn. Surihar Tel : 017-607 2707














Negeri Sembilan

Pn. Maria Tel : 017-392 8164

En. Yusoff Tel : 019-753 8055

(Ramai lagi diperlukan)

ZON SELATAN

Melaka

En. Harun Tel : 012-608 6680

Cikgu Zana Tel : 012-920 0268

En. Faizal Tel : 012-927 1457

Pn. Kamisah Tel : 017-237 8121

En. Faizal Tel : 012-310 5781

En. Osmi Tel : 012-265 2791

En. Ahfiz Tel : 014-261 3875

Johor

En. Zamri Tel : 019-680 4516

En. Hasrol Tel : 012-660 0447

En. Abdullah Tel : 07-925 2320

En. Ishak Tel : 017-619 1803

En. Mahadi Tel : 013-619 5701

Cik Abidah Tel : 017-607 2711

Pn. Nurfaridah Tel : 013-622 9805

En. Syazwan Tel : 017-234 5264

En. Ainol Azizi Tel : 017-213 2130

(Ramai lagi diperlukan)















ZON MALAYSIA TIMUR

Sabah / Sarawak / Labuan

Cik Farah Tel : 016-823 5644
Pn Latifah Tel : 013-382 4407
NON INDIVIDUAL
Taska Afiq Tel : 017-392 8164
Sekolah Integrasi Al-Faizin
Tahfiz Mutmainnah
Sekolah Agama DARIS
(Peserta sumbangan ikhlas Hamba Allah untuk tujuan pembinaan/penambahbaikan Tahfiz dan Madrasah)


Dapatkan borang anda sekarang dari wakil-wakil sepertimana di atas. Lebih ramai nama dan no. tel wakil-wakil akan dipamer dalam masa terdekat. InsyaALLAH.
Utk kemudahan, cuma taip : DANAUMMAH nama anda alamat anda dan dihantar ke 013-220 2252 (Azam) atau ke wakil-wakil di atas untuk borang terus dipos kepada anda. Terima kasih. Wassalam

SERTAI PROGRAM DANA UMMAH SECARA **PERCUMA**

Sertai Program Dana Ummah (Hibah) Secara PERCUMA Melalui Pembelian Barang Dari IMP Halal Mart (Bakar Arang Sg Petani sahaja) atau Set Erotica secara Online (seluruh M’sia)

Promosi Pembukaan & Pengenalan serta tanda sokongan terhadap program insan bantu insan (hibah) yang semakin meletup kini, IMP Halal Mart Bakar Arang Sg Petani, Kedah kini mengadakan promosi penyertaan PERCUMA ke PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH dengan setiap pembelian barangan terpilih di Kedai IMP Halal Mart Bakar Arang.

Detail adalah seperti berikut :

Tarikh : June 2009 hingga diberitahu kelak (selagi stok masih ada)

Tempat : IMP Halal Mart, No. 12, Bangunan Zakat, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah

(Bersebelahan Restoran Salman)


Hubungi : Cikgu Md Ariff Ali (019-475 8370)


Antara contoh barangan yang ditawarkan / mengikut pakej pembelian adalah seperti berikut :-


Pati Enzim Mengkudu FEDNONI 10ml 2 Botol

Harga Pasaran : RM 40.00 x 2 Botol = RM 80.00 ( PERCUMA Penyertaan Program Dana Ummah Nawaitu Sadaqah untuk potensi menjana hingga RMjuta)










Pati Enzim Mengkudu FEDNONI 1 Botol + Losyen Mustajab Pati Halia 130ml

Harga Pasaran : RM 40.00 + RM 22.00 = RM 62.00 ( PERCUMA Penyertaan Program Dana Ummah Nawaitu Sadaqah untuk potensi menjana hingga RMjuta)







Minyak Wangi Tanpa Alkohol 8ml 6 Botol (Pilihan Sendiri)
Harga Pasaran : RM 5.00 x 6 Botol = RM 30.00 ( PERCUMA Penyertaan Program Dana Ummah Nawaitu Sadaqah untuk potensi menjana hingga RMjuta)








BAE MacaMax 1 Kotak (20 sachet)
Harga Pasaran : RM 160 per kotak ( PERCUMA Penyertaan Program Dana Ummah Nawaitu Sadaqah untuk potensi menjana hingga RMjuta)

Dan banyak lagi pilihan kombinasi produk. Semua ada di sini!
Cepat ramai-ramai kita ke sana sementara stok masih ada!!!


SPECIAL PROMO : (Hanya di kedai online Eroticaproduk.blogspot.com)

Produk Erotica 1 set Suami Isteri mengandungi Krim Erotica Virgin, Erotica V-Firm, Erotica XX dan Erotica XL
Harga Pasaran : RM 165 per set ( PERCUMA 1 Penyertaan Program Dana Ummah Nawaitu Sadaqah untuk potensi menjana hingga RMjuta)

Sebarang maklumat lanjut sila rujuk kepada Cikgu Ariff seperti di atas. Terima kasih.

SECANGKIR HIKMAH TERAPI SEDEKAH

Sedekah (dari perkataan 'as-sidq' yakni benar) adalah sunat, harta dikeluarkan oleh manusia untuk mendekatkan diri dengan Allah, manakala zakat pula adalah wajib.

Sedekah adalah yang terutama berbanding amalan-amalan lain, berkata sahabat Abdul Aziz Bin Umair bahawa, "Solat akan menghantar kamu menuju setengah perjalanan, puasa menghantar kamu ke pintu kerajaan dan sedekah memasukkan kamu ke dalamnya."

Dari kitab Ihya 'Ulumuddin, sahabat Ibn Abi Al-Ja'd berkata, "Sesungguhnya sedekah menolak 70 pintu keburukan." Begitulah hebatnya ganjaran ibadah sunat yang satu ini.

Sedekah meneutralkan sifat bakhil yang tertanam dalam diri seorang manusia. Seorang sahabat Abu Hatim as-Sibti menyebut, "Bakhil adalah pokok di neraka yang dahannya di dunia. Sesiapa yang bergantung pada dahan-dahannya, dia akan mendorongnya ke neraka. Sebagaimana dermawan adalah pokok di syurga dan dahan-dahannya di dunia. Siapa yang bergantung dengan dahan-dahannya, maka ia akan mendorongnya ke syurga dan syurga adalah rumah orang-orang yang dermawan."

FADHILAT SEDEKAH

1 ) Sedekah menyucikan dan membersihkan hati, bukti nyata ('burhan') keimanan seseorang hamba-Nya.

2) Sedekah merupakan ciri-ciri orang yang beriman, sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim Ayat 31, "Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman, 'Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau pun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan."

3) Sedekah melindungi orang beriman dari perkara yang dahsyat di hari akhirat. (Sedekah termasuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah di hari Akhirat) iaitu mengikut Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, "Seorang yang bersedekah dan merahsiakan sedekah itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan tangan kanannya."

4) Sedekah menghindari keburukan dan sifat-sifatnya serta mencegah kematian yang buruk (Su'ul Khatimah).

5) Sedekah menolak segala bala yang melanda, Ibn Qasim menafsirkan, sedekah memiliki kesan yang luar biasa untuk menolak pelbagai jenis bala meskipun sedekah itu dikeluarkan oleh orang fasik, zalim atau kafir. Dengan mengeluarkan sedekah, Allah SWT akan menolak bala yang akan menimpa orang itu. (dari kitab Al-Wabil ash-Shaib)

6) Allah menggantikan apa sahaja yang kita keluarkan untuk bersedekah, sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Saba Ayat 39, "Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).' Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah SWT akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki." Percayalah dengan janji Allah dalam Al-Quran.
Ini juga selari dengan hadis Nabi, "Wahai Anak Adam! Berinfaklah (bersedekahlah), kamu akan (mendapat) infak." (Hadis Riwayat Muslim) yang juga bermaksud "What you give, you will get back."

7) Pahala sedekah tidak pernah putus walaupun seseorang itu meninggal dunia, selari dengan hadis berikut, "Ketika anak cucu Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim dari Riwayat Abu Hurairah)

8) Sedekah menghapuskan kesalahan. Maksud hadis, "Sedekah dapat melenyapkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api." (Hadis Riwayat Tirmizi)

(Sumber Rujukan : "Hikmah Terapi Sedekah", Hassan Bin Ahmad Bin Hassan Hammmam)
Lagi laman berkaitan fadhilat dan kebaikan bersedakah :