HIKMAH SEBENTUK PEMBERIAN


Apa yang kita harapkan dari satu pemberian?

Meningkatkan keyakinan diri? Meningkatkan sistem imuniti badan? Menyembuhkan penyakit? Membersihkan harta? Memakmurkan dunia?

Soalan-soalan di atas agak ganjil bunyinya. Tapi percayalah dengan kuasa memberi, banyak hikmah di sebaliknya. Bahkan 1001 hikmah lebih daripada jawapan kepada soalan di atas.

Secara saintifik, Berbuat baik seperti bersedekah menghantar isyarat positif ke seluruh kawasan otak. Kajian Dr. Donald W. Pfaff PhD, seorang pakar otak (neuroscientist) dari Universiti Rockefeller, sebahagian isyarat spesifik otak menafsirkan untuk menimbangkan tindakan kita sepertimana ditujukan untuk diri kita sendiri. Dalam bukunya dinyatakan. "Do unto others as you would have them to do unto you"(Lakukan kepada orang lain sebagaimana ingin orang lakukan kepada kamu). Benarlah sebagaimana dinyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini, jika kita berbuat baik dengan memberi sesuatu kepada orang, suatu hari ia akan dipulangkan kembali kepada kita.

Kajian beliau lagi, perbuatan baik menghasilkan lebih banyak bahan kimia gembira iaitu dopamine, serotonin dan oxytocin, ia menghasilkan kegembiraan dan mempertingkatkan sistem ketahanan badan secara semulajadi melalui perbuatan baik kepada orang lain.

Memberi menjadikan diri anda lebih sihat dan kuat, jadi melabur untuk diri anda sendiri. Yang baiknya ia dapat meringankan beban lebih ramai orang sambil ada kebaikan dalaman untuk kita sendiri, berbanding jika kita pentingkan diri sendiri sahaja.

Perbuatan memberi secara sukarela, sebagai contoh untuk mengindahkan sekolah atau madrasah pun, menjadikan kita gembira. Dengan sukarela kita mengecat sekolah, bayangkan betapa gembiranya murid-murid bila melihat sekolah yang lebih cantik, secara automatik mengukirkan senyuman di wajah.

Kenapa dianjurkan memberi berbanding menerima?

Kajian pakar otak Dr Jordan Grafman PhD, kawasan otak yang sama menjadi aktif ketika kita menerima wang pemberian orang, menjadi lebih aktif dan terang apabila kita membantu atau melakukan perbuatan baik tersebut. Betullah sebagaimana ungkapan hadis, "Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima". Definisi ini rupanya ada pertalian erat dengan otak menurut kajian saintifik.

Tindakan kimia otak ini membantu kita merancang masa depan, menjadikan kita lebih rapat dengan seseorang, menjadikan kita menghargai setiap pemberian itu, dan seterusnya ingin lebih banyak membantu, membantu dan terus membantu, melakukannya berulang kali.

Apabila kita melakukan sesuatu yang baik seperti bersedekah, kesan kebaikannya menenangkan fikiran sepanjang hari. Menjadi seorang yang suka membantu, menzahirkan perspektif yang sentiasa positif kepada orang lain. Sebagai contoh, melihat orang yang tidak berumah atau peminta sedekah, menjadikan kita lebih memikirkan kesusahan hidupnya menyara anak-anaknya daripada berpandangan negatif bahawa dia seorang penipu atau seorang pemabuk.

Sekecil-kecil bantuan dapat meringankan walau sekecil-kecil bebanan seseorang, itu adalah sifat altruism yang tulen. Sifat yang tidak mementingkan diri, memikirkan kebajikan saudaranya. Kajian Dr Amy Rubenstein PhD seorang pakar psikologi dari Kolej Perubatan Weill Cornell, mendapati membantu insan lain dan menunjukkan sifat akrab kepada orang lain meringankan bebanan sendiri. Kerja sukarela contohnya menjadikan pesakit kajian lupakan kesengsaraan sendiri dan meluaskan perspektif (satu fenomena yang disebut helper's high), di mana mereka berasa lebih bertenaga, lebih kuat, yakin diri, hilang tekanan dan lebih bermotivasi walaupun dengan sekecil-kecil bantuan kepada insan lain.

Kaedah terbaik menghilangkan tekanan

Syarikat-syarikat farmaseutikal dan pusat-pusat spa seluruh negara boleh gulung tikar jika rahsia yang satu ini dipraktikkan oleh semua insan di muka bumi ini. Kesan positif dengan memberi meningkatkan imunisasi badan, meningkatkan keyakinan seseorang mendepani keadaan penuh tekanan, jadikan kita lebih kompeten dan efektif, merapatkan hubungan silaturahim dan menimbulkan keadaan anti-ketegangan. Ia menjadikan hidup ini lebih bermakna, tidak begitu?

Apa mampu kita beri?

Berilah apa sahaja. Mengindahkan sekolah dengan mengecat mural, bantuan kewangan membangun bangunan baru madrasah (Sekolah Integrasi Faizin contohnya), memberi makan kepada pengemis atau yang tidak berumah (homeless), mengajar ilmu kepada anak-anak jiran, memberi tuisyen percuma kepada anak-anak orang miskin, mengajar kewarganegaraan kepada PADI (bukan yang jadi beras tu, tapi Pendatang Asing Dengan Izin), membantu rakan menyediakan resume mintak kerja, bahkan memberi makan kepada kucing liar tidak bertuan.

Kita patut mempunyai niat untuk menjadi sekaya mungkin, supaya lebih banyak dapat kita bantu, lebih banyak zakat dapat kita keluarkan, lebih banyak sedekah dapat kita sumbang, lebih banyak madrasah dan masjid dapat kita bina, lebih baik pendidikan dapat kita beri kepada anak-anak kita, lebih banyak perkara dapat kita lakukan untuk diri, keluarga, agama dan negara kita. Begitulah ajaran yang saya ambil dari Pengasas DCL iaitu Dato Stapa Omar. Wah dah keluar majalah JUTAWAN pula kini, moga Dato dan isteri bertambah sukses, dan melimpah kepada kami pula.

Profesor psikologi dari Universiti Florida iaitu Gregory Webster berkata sementara tindakan baik menarik perhatian media, perbuatan amal yang rutin kebanyakannya tidak diambil kisah. Ia menyulam menjadi budaya masyarakat, tindakan kecil yang berterusan ini adalah kelakuan interpersonal iaitu hubungan manusia-manusia yang positif, menjadikan manusia menjadi spesis yang dominan di muka bumi.

Sumbanglah, walau sekecil-kecil sumbangan, kerana sumbangan walaupun kecil tapi impaknya besar. Lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi hari ini, tentu ramai kawan-kawan kita dalam kesusahan yang memerlukan satu tindakan altruistik. Sokonglah sukarelawan-sukarelawan kita di luar sana, kerana sangat besar jasa pengorbanan mereka membantu insan lain yang lebih memerlukan, untuk menjadikan dunia lebih baik.

(Ruj. "Men's Health"(Malaysia Edition), an article by Grant Stoddard)

ADVERTORIAL KESELAMATAN

>

Memperkenalkan EZGuard Sistem yang menjadikan tugas pemantauan keselamatan kini lebih terjamin, boleh dipercayai dan mudah!

EZGuard dengan rasminya telah dilancarkan pada 10hb. Ogos 2009.

Sesuai digunakan untuk pemantauan di:

* kilang-kilang/ kawasan perindustrian ringan/ berat

* kawasan pelabuhan

* gudang-gudang simpanan/ stor/ warehouse

* kem-kem pangkalan tentera/ gudang senjata dsb (cth Pangkalan TLDM Lumut menggunapakainya)

* lapangan terbang

* hospital-hospital kerajaan /swasta

* hotel-hotel /resort penginapan

* kompleks membeli belah

* institusi-institusi pengajian tinggi /politeknik-politeknik /institusi kemahiran dsb

* penginapan apartmen /kondominium /serviced apartment dsb

* kawasan pelantar minyak

Kelebihan EZGuard

>>> Memudahkan pemantauan perondaan (terbaik setakat ini, FIRST in Malaysia!)

>>> Kawalan keselamatan lebih menyeluruh.

>>> Tercanggih kerana menggunakan sistem digital dan Radio Frequency ID (RFID). Tiada lagi sistem analog yang tidak boleh dipercayai atau digodam.

>>> Mempunyai fungsi timely reminder supaya peronda tidak terlupa membuat rondaan.

>>> Data rondaan mampu dicetak dalam sesaat.

>>> Jimat tenaga, hanya menggunakan bateri Lithium Ion yang tidak menggunakan banyak tenaga elektrik dan cepat di cas semula (seperti telefon bimbit)

>>> Fungsi seperti kotak hitam pesawat di kala berlaku insiden. Direkodkan secara automatik dengan butang OneTouch.

>>> Check point sistem yang tahan lasak, tahan cuaca, anti-vandalisme. Tahan seumur hidup. Boleh disembunyikan bagi mengelakkan dikenalpasti (Fungsi camouflage, boleh dicat warna serupa dinding)

>>> Jaminan ganti baru produk waranti 1 tahun. Dijamin berpuas hati.

DEMO percuma boleh dilakukan atas permintaan. Preview percuma bertempat di sini.