SIMPAN SIMPAN SIMPAN

Salam Muhibbah bertemu semula,

Sudahkah anda mendapatkan buku yang saya cadangkan iaitu "Multiple Streams of Income: How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth! " dari Robert G. Allen? Jika belum, berhenti baca blog ni sekarang dan pergi ke MPH berhampiran dan dapatkan senaskhah sekarang! Paling malas pun beli je online, terus dia hantar ke pintu depan rumah anda tau :)

Ooo baru saya tau idola saya Tan Sri Syed Mokhtar ada share dalam MPH ni. Dan beliau sekali lagi dinobatkan Melayu terkaya di Malaysia dan masih kekal dalam senarai Top 10 Richest Man in Malaysia oleh Forbes. Tahniah Tan Sri! Dan juara pastinya Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) yang jauh mendahului walau di tangga kedua iaitu Tan Sri Ananda Krishnan berbatu-batu. Apatah lagi kita bukan berbatu-batu lagi tapi berbintang-bintang berplanet-planet. Kuasai komoditi, ekonomi pasti di tangan anda. Cewah berpepatah pula.

Tak perlulah disebut berapa BILLION harta mereka, sedih pulak nanti tak kesampaian kita nak sampai, langsung down semangat nak jadi kaya. Orang kata, bukan saya kata, buat goal atau target tu biar ikut kemampuan, memang benar pepatah Inggeris, "If you can dream it, you can achieve it!", tapi letak target jangan terlampau tinggi hingga tak logik akal, contoh jika hari ni kita tak mampu nak menyimpan RM100 pun sebulan (macam cakap kat diri sendiri nih!) jangan la target nak kumpul RM1juta dalam setahun. Kecuali kena loteri atau menang "Peraduan Power Root : Anda Pun Boleh Jadi Jutawan!" (Macam sifu saya Mr Sony Raja pernah joking-joking :) )

Mereka juga bermula mengikut silibus wang macam dalam post yang lepas tu. Hargai, Kawal dan Simpan Wang. Baru boleh nak mula bisnes apa-apa pun. Mana ada benda free dalam dunia ni bang, nak membuang pun kena bayar!!!

Tapi gaji ngam ngam je macamana nak simpan wang? Ada 2 kaedah la biasanya nak settle ini problem.

PERTAMA : Kurangkan Perbelanjaan

KEDUA : Tambahkan Pendapatan

Kalau ada lagi kaedah ketiga, keempat, kelima, macam pakai bomoh wang ke, saya tak taulah. Tapi yang dua ni pun dah memadai rasanya. Buat hapa nak pening-peningkan kepala lagi betul tak?

Nak save pun ada 2 maksud : Save #1 maksudnya bayar lebih murah untuk sesuatu barang, ye la biasa wanita yang suka tawar menawar beli kain ela contohnya. Save #2 maksudnya menyimpan untuk sesuatu.

Cara mudah ialah panjangkan rancangan perbelanjaan anda. Mudah cerita ialah jangan beli benda yang tak sesuai dengan masanya. Contoh paling mudah baru-baru ini, Valentine's Day (Peringatan : Valentine's Day HARAM disambut oleh Orang Islam) , tengah harga bunga ros melambung-lambung masa tu la ramai dok cari. Sekadar perumpamaan sahaja. Banyak lagi contoh-contoh lain. Beli masa tengah murah, tapi bukan tiap kali ada JUALAN MURAH redah je. Perlulah perancangan. Syarikat-syarikat gergasi Jepun merancang sehingga 150 tahun kehadapan. Apa yang Orang Jepun tahu tentang 150 tahun lagi? Mereka tidak tahu. Masa hadapan ialah sesuatu yang belum terjadi, masa hadapan itu adalah sesuatu yang kita buat agar terjadi!

Semakin jauh ke hadapan kita merancang, semakin murah kita akan rasa perbelanjaan kita. Fikirlah, lebih mudah bagi kita mengawal perbelanjaan kita daripada meningkatkan pendapatan kita. Semua pasti setuju dengan saya. Kunci utama mengawal wang anda ialah dengan mengawal masa anda.

Jadi, mulakan dari sekarang. Kawal perbelanjaan anda sendiri, simpan lebihan dari perkara-perkara yang dapat anda jimatkan, potong mana-mana keperluan yang tidak perlu dengan belanjawan berhemah, secara otomatik anda berjaya kurangkan perbelanjaan dan selangkah ke arah kebebasan kewangan. Kaedah Ke2 iaitu Menambahkan Pendapatan akan dimuatkan dalam post-post selepas ini. Caranya menggunakan bisnes-bisnes leverage yang akan saya terangkan lebih detail kemudian.

Akhir kata, teliti pepatah-pepatah ini,

"The secret of financial success is to spend what you have left over after saving, instead of saving what is left after spending"
(Rahsia kejayaan kewangan ialah berbelanja apa yang lebih setelah menyimpan bukan menyimpan apa yang lebih selepas berbelanja)

"I count him braver who overcomes his desires, than him who conquers his enemies, for the hardest victory is the victory over self" - Aristotle
(Saya anggap orang yang mengatasi keinginan/nafsunya lebih berani dari orang yang menundukkan musuh-musuhnya kerana kejayaan yang paling sukar ialah kejayaan menguasai diri sendiri)

Renung-renungkan dan selamat berjumpa lagi!

(Rujukan : Buku "Multiple Streams of Income" karya Robert G. Allen)

SILIBUS WANG

Bagaimana orang kaya mengawal dan membuat banyak wang?

Mereka memahami rahsia wang. Sebenarnya ia bukanlah satu rahsia tapi merupakan satu skill untuk membolehkan wang bekerja keras untuk mereka.

Orang kaya tidak bekerja keras untuk wang, tapi menjadikan wang tersebut bekerja keras untuk mereka. Mahu tak mahu asas utama yang saya panggil silibus wang ialah asas mereka. Ini saya pelajari dari sifu pengurusan kewangan yang juga penulis bestseller Robert G. Allen dalam buku terkenalnya, "Multiple Streams of Income: How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth!". Sesiapa yang belum membacanya saya galakkan sesangat membelinya gaji hujung bulan ni dan membacanya. Baru RM45. Ingatlah pelaburan paling penting yang patut kita buat ialah pembangunan kendiri (self development). Jadi pelaburan semurah ini amat berbaloi, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri jugak. Kalau kaya nanti bukan untuk siapa untuk diri sendiri jugak kan kan kan?

Secara amnya, skill pengurusan wang ni ada 7 peringkat yang saya bahagikan kepada 3 tahap iaitu:

Tahap Asas :
1) Hargai Wang (Value Money)
2) Kawal Wang (Control Money)
3) Simpan Wang (Save Money)

Tahap Pertengahan :
4) Labur Wang (Invest Money)
5) Buat Wang ( Build Money)

Tahap Tinggi :
6) Lindung Wang (Shield Money)
7) Kongsi Wang (Share Money)

Kuasai satu tahap ke satu tahap, kerana tahap pertama iaitu asas adalah yang paling sukar (sekurang-kurangnya bagi saya, tapi saya tak jemu terus mencuba dan improve sikit demi sedikit melalui pembacaan, kajian, percubaan :) )

Hargai wang dari sekecil-kecil nilai RM1.00. Memang kita fikirkan apa sangat boleh dibeli dengan harga singgit hari ni. Tapi percayalah, diberi masa yang mencukupi, dengan investment yang betul RM1.00 kita hari ni boleh jadi RM1juta wooo. Dan tak cukup singgit pun tak akan jadi RM1juta. Jangan tak caya. Nanti saya tunjukkan cara-cara, sedikit ilmu jika dikongsi akan bertambah-tambah juga betul tak? Salah satu cara guna leverage yang saya discuss dalam post sebelum ini. Itu pasal PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH dibina atas dasar nilai terkecil ini RM1.00. Bermakna tu, bukan saja-saja suka-suka hati letak nilai tu. Nak memberi pendedahan awal tentang asas kewangan, Value Your Money. Orang nak keluar pun tak ralat, asal pulangannya nanti berlipat ganda. InsyaALLAH buat pasti jadi!

Bila kita dah pandai hargai wang, kena pula belajar kawal wang. Kita mulakan budget, tapi kita sendiri gagal mengawal budget (termasuk la saya sendiri, tapi keep improving!!!). Asingkan kategori-kategori perbelanjaan kita, buat jadual perbelanjaan atau plan perbelanjaan jangka panjang, kawal perbelanjaan secara terdesak (impulse buying), jangan bawa anak ke pasaraya (mau nangis budak ni nanti), tapi jika bawa jugak ajar mereka cara berbelanja berhemah, contohnya buat pertandingan jika dapat memilih buah yang termurah dsb.

Dah boleh kawal wang anda? Baru boleh simpan. Agak mustahil orang yang gagal mengawal wangnya dapat menyimpan tiap-tiap bulan secara konsisten betul tak? Biasanya kita menyimpan wang dari lebihan yang dibelanjakan, tapi mula bulan ini (atau hari ni jika gaji anda hari ni!) simpan dulu untuk diri sendiri, dan belanja yang selebihnya sahaja. Kan lebih menguntungkan begitu? Ini dapat je gaji terus sedekah kat pasaraya dan mengayakan orang lain dulu, bukan diri sendiri. Saranan awal ialah menyimpan sekurang-kurangnya 10% untuk ANDA, Ya ANDA, bukan bagi saya. Yang lain gunalah sepertimana dalam budget anda. Orang kaya berbelanja lebih kecil dari pendapatannya, tapi orang miskin berbelanja tak hingat kadang-kadang sampai berhutang, lebih dari pendapatannya. Simpan di mana? Gunakan akaun yang lain dari akaun gaji anda, jika gaji masuk CIMB, simpan dalam Maybank. Simpan sampai banyak (Sekurangnya 6 bulan gaji untuk emergency) kemudian simpanan seterusnya dilaburkan.

Tahap-tahap seterusnya akan dibincangkan dalam post berikutnya. Jadi, bermula dari hari ini, BERMULA DARI SEKARANG, Hargai, Kawal dan Simpan wang anda! Bukan untuk sesiapa, untuk anda, keluarga, anak-anak, untuk generasi anda juga. Cucu cicit anda akan berterima kasih kepada anda kelak dan InsyaALLAH mudah-mudahan mendoakan kebaikan anda di dunia seberang sana nanti!

RAHSIA ORANG KAYA KITA YANG MISKIN NI TAK TAHU

Pernahkah anda bertanya, kenapa anda tak cukup wang? Apakah yang membezakan antara seseorang yang kaya gila dengan orang yang miskin kedana?

Adakah orang-orang kaya ini ada 8 kaki 8 tangan? Adakah orang kaya ada 100jam sehari di kala anda cuma ada 24jam je sehari? Adakah mereka 180kali lebih bijak dari anda sehingga mampu mendapat 1 tahun pendapatan anda hanya dalam 1 bulan? Adakah mereka bekerja 88kali lebih rajin dari anda yang hari-hari OT sampai tak ada masa nak tidurkan anak-anak di rumah? Keluar kerja anak-anak belum bangun tidur, balik dari kerja anak dah terbungkang tidur di sisi mama mereka? Apa yang tak cukup lagi? Apa spesialnya ilmu ghaib mereka ni yang anda tak tahu?

Tidak Tidak Tidak! Walaupun kenyataan di atas nampak tidak benar tapi inilah hakikatnya. Orang-orang kaya ini menggunakan kuasa yang saya namakan 'leverage' (sebenarnya bukan saya yang bagi nama ini, tapi memang telah termaktub dalam kitab-kitab bisnes walaupun kita tak boleh mempelajarinya walau di Harvard Business School). Benar mereka menggunakan tenaga orang lain, duit orang lain, kudrat orang lain, semua untuk menghasilkan wang pulangan yang banyak untuk mereka. Ya mereka bijak, tapi tak ada la 100 kali ganda dari anda. Otak pun lebih kurang sama saiz saja dengan anda.

Dari mana kita nak leverage kalau tak tahu caranya? Haa nama mudah lain bagi leverage ialah pendapatan yang pasif bagi anda. Sebenarnya konsep leverage ini ada buruk dan baiknya juga. Jika berbicara dengan orang yang berniaga pasaran opsyen, mereka tahu bahawa dengan leverage mereka boleh menjana pendapatan berkali-kali ganda dengan apa yang mereka per'judi'kan, walaupun bukanlah dalam bentuk perjudian sebenar macam lumba kuda tu. Dan mereka juga tahu dengan leverage juga boleh menggandakan kerugian mereka dan membangkrupkan mereka semalaman jika tak pandai main. Tanya diri anda, adakah aku berilmu nak join bisnes-bisnes macam ni dengan ilmu yang baru paras-paras bahu ni? Tepuk dada tanya doktor, manalah tahu kena sakit jantung pula.

Yang kita bicarakan pendapatan pasif di sini ialah bagaimana dengan sekali kerja yang kita lakukan bersungguh-sungguh (walaupun pada masa bersungguh-sungguh satu sen tak masuk), tapi dengan konsistennya kita meredah jua akhirnya menghasilkan satu pulangan yang tak pernah kita mimpikan pun seumur hidup, RM100ribu dalam sebulan contohnya! InsyaAllah tak mustahil, hari ini berlambak-lambak di pasaran orang berpendapatan begitu dalam bisnes-bisnes tertentu, tak payah saya ceritalah kerana anda pun mungkin pernah bertemu mereka. Mungkin ada di antara ahli keluarga anda mana tahu boleh tumpang-tumpang sekaki.


Tapi yang peliknya insan-insan ini anda tengok tak buat apa-apa bisnes pun seperti orang-orang biasa, kedai pun tak ada, modalnya kereta dengan minyak je. Nak tanya kedai kat mana, mobile je katanya. Macam mana pula pendapatan boleh berpuluh-puluh ribu tu? Tanyalah mereka. Mereka yang jenis ini tidak lokek biasanya malah bersedia bila-bila masa datang berjumpa bercerita kepada anda hatta pukul 2 pagi sekalipun! Haa mana nak ada orang berpendapatan RM berpuluh-puluh ribu nak datang rumah orang yang berpendapatan RM ratus-ratus je sebulan nak cerita pulak peluang rahsia bisnes yang dia buat kat orang lain. Tak takut idea bisnes kena curi ke abang oiii.

Berbeza dengan taukeh-taukeh kilang papan, kilang mi, kilang tayar, kilang metal stamping, ada ke nak pi kongsi cerita-cerita rahsia bisnes mereka pukul 1-2 pagi pulak tu? Tak masuk akal! Haa jumpalah orang-orang ini dan pelajari idea-idea bisnes mereka. Apa yang anda rugi? Mungkin sejam dua masa anda, tapi apa yang anda untung belum tahu lagi, entak-entah lebih banyak dari taukeh kilang tayar mana tahu!

Yang penting, jom buat bisnes yang ada leverage, saya sayang anda semua, dah kaya jangan pula lupakan saya hehe...


Yang belum kaya,

AZAM INSPIRE