SILIBUS WANG

Bagaimana orang kaya mengawal dan membuat banyak wang?

Mereka memahami rahsia wang. Sebenarnya ia bukanlah satu rahsia tapi merupakan satu skill untuk membolehkan wang bekerja keras untuk mereka.

Orang kaya tidak bekerja keras untuk wang, tapi menjadikan wang tersebut bekerja keras untuk mereka. Mahu tak mahu asas utama yang saya panggil silibus wang ialah asas mereka. Ini saya pelajari dari sifu pengurusan kewangan yang juga penulis bestseller Robert G. Allen dalam buku terkenalnya, "Multiple Streams of Income: How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth!". Sesiapa yang belum membacanya saya galakkan sesangat membelinya gaji hujung bulan ni dan membacanya. Baru RM45. Ingatlah pelaburan paling penting yang patut kita buat ialah pembangunan kendiri (self development). Jadi pelaburan semurah ini amat berbaloi, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri jugak. Kalau kaya nanti bukan untuk siapa untuk diri sendiri jugak kan kan kan?

Secara amnya, skill pengurusan wang ni ada 7 peringkat yang saya bahagikan kepada 3 tahap iaitu:

Tahap Asas :
1) Hargai Wang (Value Money)
2) Kawal Wang (Control Money)
3) Simpan Wang (Save Money)

Tahap Pertengahan :
4) Labur Wang (Invest Money)
5) Buat Wang ( Build Money)

Tahap Tinggi :
6) Lindung Wang (Shield Money)
7) Kongsi Wang (Share Money)

Kuasai satu tahap ke satu tahap, kerana tahap pertama iaitu asas adalah yang paling sukar (sekurang-kurangnya bagi saya, tapi saya tak jemu terus mencuba dan improve sikit demi sedikit melalui pembacaan, kajian, percubaan :) )

Hargai wang dari sekecil-kecil nilai RM1.00. Memang kita fikirkan apa sangat boleh dibeli dengan harga singgit hari ni. Tapi percayalah, diberi masa yang mencukupi, dengan investment yang betul RM1.00 kita hari ni boleh jadi RM1juta wooo. Dan tak cukup singgit pun tak akan jadi RM1juta. Jangan tak caya. Nanti saya tunjukkan cara-cara, sedikit ilmu jika dikongsi akan bertambah-tambah juga betul tak? Salah satu cara guna leverage yang saya discuss dalam post sebelum ini. Itu pasal PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH dibina atas dasar nilai terkecil ini RM1.00. Bermakna tu, bukan saja-saja suka-suka hati letak nilai tu. Nak memberi pendedahan awal tentang asas kewangan, Value Your Money. Orang nak keluar pun tak ralat, asal pulangannya nanti berlipat ganda. InsyaALLAH buat pasti jadi!

Bila kita dah pandai hargai wang, kena pula belajar kawal wang. Kita mulakan budget, tapi kita sendiri gagal mengawal budget (termasuk la saya sendiri, tapi keep improving!!!). Asingkan kategori-kategori perbelanjaan kita, buat jadual perbelanjaan atau plan perbelanjaan jangka panjang, kawal perbelanjaan secara terdesak (impulse buying), jangan bawa anak ke pasaraya (mau nangis budak ni nanti), tapi jika bawa jugak ajar mereka cara berbelanja berhemah, contohnya buat pertandingan jika dapat memilih buah yang termurah dsb.

Dah boleh kawal wang anda? Baru boleh simpan. Agak mustahil orang yang gagal mengawal wangnya dapat menyimpan tiap-tiap bulan secara konsisten betul tak? Biasanya kita menyimpan wang dari lebihan yang dibelanjakan, tapi mula bulan ini (atau hari ni jika gaji anda hari ni!) simpan dulu untuk diri sendiri, dan belanja yang selebihnya sahaja. Kan lebih menguntungkan begitu? Ini dapat je gaji terus sedekah kat pasaraya dan mengayakan orang lain dulu, bukan diri sendiri. Saranan awal ialah menyimpan sekurang-kurangnya 10% untuk ANDA, Ya ANDA, bukan bagi saya. Yang lain gunalah sepertimana dalam budget anda. Orang kaya berbelanja lebih kecil dari pendapatannya, tapi orang miskin berbelanja tak hingat kadang-kadang sampai berhutang, lebih dari pendapatannya. Simpan di mana? Gunakan akaun yang lain dari akaun gaji anda, jika gaji masuk CIMB, simpan dalam Maybank. Simpan sampai banyak (Sekurangnya 6 bulan gaji untuk emergency) kemudian simpanan seterusnya dilaburkan.

Tahap-tahap seterusnya akan dibincangkan dalam post berikutnya. Jadi, bermula dari hari ini, BERMULA DARI SEKARANG, Hargai, Kawal dan Simpan wang anda! Bukan untuk sesiapa, untuk anda, keluarga, anak-anak, untuk generasi anda juga. Cucu cicit anda akan berterima kasih kepada anda kelak dan InsyaALLAH mudah-mudahan mendoakan kebaikan anda di dunia seberang sana nanti!