SIMPAN SIMPAN SIMPAN

Salam Muhibbah bertemu semula,

Sudahkah anda mendapatkan buku yang saya cadangkan iaitu "Multiple Streams of Income: How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth! " dari Robert G. Allen? Jika belum, berhenti baca blog ni sekarang dan pergi ke MPH berhampiran dan dapatkan senaskhah sekarang! Paling malas pun beli je online, terus dia hantar ke pintu depan rumah anda tau :)

Ooo baru saya tau idola saya Tan Sri Syed Mokhtar ada share dalam MPH ni. Dan beliau sekali lagi dinobatkan Melayu terkaya di Malaysia dan masih kekal dalam senarai Top 10 Richest Man in Malaysia oleh Forbes. Tahniah Tan Sri! Dan juara pastinya Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) yang jauh mendahului walau di tangga kedua iaitu Tan Sri Ananda Krishnan berbatu-batu. Apatah lagi kita bukan berbatu-batu lagi tapi berbintang-bintang berplanet-planet. Kuasai komoditi, ekonomi pasti di tangan anda. Cewah berpepatah pula.

Tak perlulah disebut berapa BILLION harta mereka, sedih pulak nanti tak kesampaian kita nak sampai, langsung down semangat nak jadi kaya. Orang kata, bukan saya kata, buat goal atau target tu biar ikut kemampuan, memang benar pepatah Inggeris, "If you can dream it, you can achieve it!", tapi letak target jangan terlampau tinggi hingga tak logik akal, contoh jika hari ni kita tak mampu nak menyimpan RM100 pun sebulan (macam cakap kat diri sendiri nih!) jangan la target nak kumpul RM1juta dalam setahun. Kecuali kena loteri atau menang "Peraduan Power Root : Anda Pun Boleh Jadi Jutawan!" (Macam sifu saya Mr Sony Raja pernah joking-joking :) )

Mereka juga bermula mengikut silibus wang macam dalam post yang lepas tu. Hargai, Kawal dan Simpan Wang. Baru boleh nak mula bisnes apa-apa pun. Mana ada benda free dalam dunia ni bang, nak membuang pun kena bayar!!!

Tapi gaji ngam ngam je macamana nak simpan wang? Ada 2 kaedah la biasanya nak settle ini problem.

PERTAMA : Kurangkan Perbelanjaan

KEDUA : Tambahkan Pendapatan

Kalau ada lagi kaedah ketiga, keempat, kelima, macam pakai bomoh wang ke, saya tak taulah. Tapi yang dua ni pun dah memadai rasanya. Buat hapa nak pening-peningkan kepala lagi betul tak?

Nak save pun ada 2 maksud : Save #1 maksudnya bayar lebih murah untuk sesuatu barang, ye la biasa wanita yang suka tawar menawar beli kain ela contohnya. Save #2 maksudnya menyimpan untuk sesuatu.

Cara mudah ialah panjangkan rancangan perbelanjaan anda. Mudah cerita ialah jangan beli benda yang tak sesuai dengan masanya. Contoh paling mudah baru-baru ini, Valentine's Day (Peringatan : Valentine's Day HARAM disambut oleh Orang Islam) , tengah harga bunga ros melambung-lambung masa tu la ramai dok cari. Sekadar perumpamaan sahaja. Banyak lagi contoh-contoh lain. Beli masa tengah murah, tapi bukan tiap kali ada JUALAN MURAH redah je. Perlulah perancangan. Syarikat-syarikat gergasi Jepun merancang sehingga 150 tahun kehadapan. Apa yang Orang Jepun tahu tentang 150 tahun lagi? Mereka tidak tahu. Masa hadapan ialah sesuatu yang belum terjadi, masa hadapan itu adalah sesuatu yang kita buat agar terjadi!

Semakin jauh ke hadapan kita merancang, semakin murah kita akan rasa perbelanjaan kita. Fikirlah, lebih mudah bagi kita mengawal perbelanjaan kita daripada meningkatkan pendapatan kita. Semua pasti setuju dengan saya. Kunci utama mengawal wang anda ialah dengan mengawal masa anda.

Jadi, mulakan dari sekarang. Kawal perbelanjaan anda sendiri, simpan lebihan dari perkara-perkara yang dapat anda jimatkan, potong mana-mana keperluan yang tidak perlu dengan belanjawan berhemah, secara otomatik anda berjaya kurangkan perbelanjaan dan selangkah ke arah kebebasan kewangan. Kaedah Ke2 iaitu Menambahkan Pendapatan akan dimuatkan dalam post-post selepas ini. Caranya menggunakan bisnes-bisnes leverage yang akan saya terangkan lebih detail kemudian.

Akhir kata, teliti pepatah-pepatah ini,

"The secret of financial success is to spend what you have left over after saving, instead of saving what is left after spending"
(Rahsia kejayaan kewangan ialah berbelanja apa yang lebih setelah menyimpan bukan menyimpan apa yang lebih selepas berbelanja)

"I count him braver who overcomes his desires, than him who conquers his enemies, for the hardest victory is the victory over self" - Aristotle
(Saya anggap orang yang mengatasi keinginan/nafsunya lebih berani dari orang yang menundukkan musuh-musuhnya kerana kejayaan yang paling sukar ialah kejayaan menguasai diri sendiri)

Renung-renungkan dan selamat berjumpa lagi!

(Rujukan : Buku "Multiple Streams of Income" karya Robert G. Allen)