SEDEKAH RM1.00 ANDA BAKAL MELAHIRKAN LEBIH RAMAI INTELEK ISLAM

Apa perasaan saudara jika dengan sedekah cuma RM1.00 dari saudara untuk menyertai program insan bantu insan seperti ini dapat memanjangkan tradisi keintelektualan Islam sehingga generasi-generasi berikutnya?

Apa perasaan saudara jika dengan cuma dengan bersedekah RM1.00 saudara sebenarnya menyediakan tempat belajar yang selesa bagi anak-anak muda Islam menghafal Al-Quran dengan tenang dan selesa?

Apa perasaan saudara jika sedekah RM1.00 saudara dapat menyekolahkan anak-anak orang susah yang selama ini hendak dapat sesuap nasi pun susah inikan pula dapat belajar dan menjadi orang yang berguna?

Apa perasaan saudara jika sedekah RM1.00 saudara dapat menyediakan tanah wakaf kubur yang mencukupi untuk orang Islam meninggal dunia dapat bersemadi dengan aman?


Ini adalah antara matlamat sosial PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH supaya sedekah-sedekah saudara dapat diperpanjangkan untuk kebaikan ummah Islam selain menjana pendapatan untuk kita. Sedekah akan digunakan untuk pembinaan / penambahbaikan madrasah, pusat-pusat tahfiz untuk anak-anak Islam belajar, pembelian tanah wakaf, bantuan kemanusiaan, membantu orang-orang dalam kesusahan seperti belanja pembedahan, rawatan, bencana alam dan seumpamanya. Syarikat turut menderma bagi setiap penyertaan yang diterima dari saudara untuk sama-sama mendokong usaha murni bantu-membantu sesama ummah Islam selari dengan objektif utama program.


SEKOLAH INTEGRASI AL-FAIZIN (SAIF)سكوله إينتكراسي فائزي


Sekolah yang diberi nama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) ini dilahirkan tanggal 4 Ogos 2005 di bawah naungan Muassasah Darul Ulum, diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

SAIF ditubuhkan hasil daripada pengemblengan tenaga pemuda, masyarakat setempat, para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pedidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.

Lokasinya yang strategik di pekan Guar Chempedak (sila rujuk peta carian) dan mempunyai prasarana dan kemudahan yang lengkap di mana ianya adalah bekas tapak Cawangan Madrasah Taufikiah Al-Khairiah Al-Halimiah. Sesi persekolahan pertama SAIF bermula pada 1 Januari 2006.

Antara sasaran utama SAIF ditubuhkan ialah :

  1. Memartabatkan budaya Bahasa Al-Quran (Lughatul 'Arabiyah) sebagai bahasa pengantarnya.Semua warga SAIF berusaha untuk menguasai pertuturan Bahasa Al-Quran dalam semua masa dan ketika berada di SAIF.


  2. Mempelbagaikan bahasa penggunaan termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin yang amat penting dalam dunia hari ini.


  3. Mengukuhkan kefahaman Islam dan semangat ukhuwwah melalui usrah yang dilaksanakan dengan lebih bersistematik dan berkesan.


  4. Mengemaskini kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran secara islamik. Para pendidik mengembleng tenaga bagi membina modul pembelajaran yang menepati falsafah SAIF, bermatlamat penerusan warisan ulama’ yang terdidik dan terarah hasil dari proses pengajaran, pembelajaran berteraskan prinsip dakwah serta tarbiyyah dari bimbingan guru-guru, pentadbir yang komited dengan ajaran Islam.
Sistem pengajian yang digunapakai SAIF hampir sama dengan persekolahan sekolah rendah kebangsaan, iaitu bermula daripada tahun satu hingga tahun enam. Sistem pengajiannya menggabungkan tiga sukatan pelajaran teras iaitu ad-din, akademik dan juga tahfiz.

  • Agama dan Bahasa Arab - Sukatan pelajaran bagi kedua-dua kurikulum ini merujuk kepada sukatan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Yayasan Islam Kedah (YIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan silibus sekolah Bestari.


  • Akademik - Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran akademik berdasarkan sukatan Pelajaran Malaysia .


  • Tahfiz Al- Qur’an - Sukatan pelajaran tahfiz ditentukan oleh pihak Lembaga Tadbir SAIF .


  • Sukatan Tambahan - SAIF turut menyediakan pakej tambahan kepada para pelajar untuk mengikuti pengajian Qiraati dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Inggeris serta Bahasa Mandarin yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar .
Sekarang Sekolah Integrasi Al-Faizin memerlukan sedikit derma ikhlas untuk pembinaan Bangunan baru 3 Tingkatnya yang dianggarkan bernilai RM 600,000 yang boleh saudara keluarkan sama ada dalam bentuk zakat, wakaf atau pun infak. PROGRAM DANA UMMAH juga dengan ini ingin sama-sama membantu bagi merealisasikan impian murni ini. Wangpos dibayar atas nama 'TABUNG PEMBANGUNAN SAIF' dan melalui penyertaan saudara ke program ini, secara otomatik saudara telah menderma untuk sama-sama memanjangkan sinar pendidikan Islam. InsyaALLAH. Sumbangan anda juga boleh dimasukkan terus ke Bank Islam No. Akaun 02084010028830




TAHFIZ MUTMAINNAH


Tahfiz Mutmainnah (TM) adalah sebuah institusi pendidikan bersepadu yang menggabungkan sistem pengajian profesional Hafazan Al-Quran dan sistem pengajian akademik yang terdiri daripada berbagai modul pengajian Islam dan pendidikan sokongan Teknolgi Maklumat (IT) dan Bahasa Inggeris.TM lahir daripada idealisme untuk membangunkan suatu generasi celik Al-Quran yang akan menjadi model ikutan komuniti ummah Islam. InsyaALLAH. Lokasi TM adalah di Permatang Berangan Sungai Petani Kedah, dan pengerusinya ialah Ustaz Sharir Long, yang juga merupakan pengasas bagi tahfiz ini.

TM percaya bahawa idealisme itu hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan yang sistematik dan berasaskan fungsi institusi pendidikan. Lantaran itu, di peringkat awalnya, kumpulan pemikir think-tank dibentuk bagi merancang, mengatur dan melaksanakan jadual pembinaan sebuah institusi pendidikan, yang kini dikenali sebagai Tahfiz Mutmainnah (TM).

Idealisme dan percambahan fikiran tidak akan membuahkan hasil yang diimpikan tanpa prasarana fizikal dalam bentuk bangunan dan kemudahan pendidikan. Menyedari hakikat itu, suatu Jawatan Kuasa Pentadbir TM telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan pada pertengahan tahun 2007. Setahun kemudian bangunan berkenaan dapat disiapkan awal daripada jangkaan. Segala perancangan mengikut jadual yang ditetapkan dan susulannya Jawatan Kuasa Pentadbir TM telah membuat keputusan untuk mengambil pelajar sulungnya pada sesi 2009.

Kini TM muncul sebagai sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang berdiri sama tinggi dengan institusi-institusi pendidikan Islam yang lain di seluruh Malaysia.

Sistem Pengajian TM terbahagi kepada tiga komponen iaitu:

  • Profesional Hafazan Al-Quran
  • Akademik Islam - Bahasa Arab, Nahu, Sorof, Sirah, Aqidah, Akhlak, Tafsir.
  • Komunikasi Maklumat - Teknologi Maklumat (IT) dan Bahasa Inggeris.

Tahfiz Mutmainnah adalah institusi pendidikan Islam berasrama penuh. Semua pelajar yang mengikuti program akademik dan profesional di TM diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan. TM mempunyai asrama yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh pelajar. Asrama TM berada di bawah satu bumbung dengan kelas pengajian. TM menyediakan kemudahan asrama yang memuaskan dengan kelengkapan yang moden, suasana tempat tinggal yang selesa, dan persekitaran yang kondusif untuk menghafaz Al-Quran dan juga pelbagai aktiviti luar pengajian yang bermanfaat untuk pelajar-pelajarnya.

Tahfiz Mutmainnah (TM) memerlukan sumbangan dana dari semasa ke semasa untuk kelangsungannya dan memastikan kejayaan melahirkan para hufaz yang berpekerti Islam yang terpuji. Jika anda prihatin terhadap pembangunan generasi Al-Quran melalui pendidikan Tahfiz Al-Quran hulurkan sumbangan anda kepada Tahfiz Mutmainnah melalui:
Bank: Maybank Berhad, Sungai Petani, Kedah, Malaysia. No. Akaun: 552059703378

PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH juga menyokong usaha melahirkan lebih ramai pelapis hafiz dan hafizah Al-Quran ini. Penyertaan saudara ke program ini InsyaALLAH dapat merealisasikan dan mempercepatkan sasaran tersebut justeru melahirkan lebih ramai intelek berpengetahuan dan berjiwa Al-Quran. Wangpos penyertaan adalah atas nama 'TAHFIZ MUTMAINNAH'. Dapatkan borang penyertaan dari Azam Inspire Ent sekarang untuk mula menderma sambil menjana sedikit pendapatan. InsyaALLAH.